Followers

Tuesday, November 9, 2010

LIVERPOOL F.C

Liverpool merupakan Kelab paling bersejarah di Eropah dan England. Muncul Juara Eropah terbanyak di kalangan kelab-kelab England. Perkara ini lah yang dicemburui oleh bigclub EPL termasuk ARSENAL, MAN U, dan CHELSEA.
Liverpool F.C. ditubuhkan pada 15 Mac, 1892 oleh John Houlding, pemilik padang Anfield. John Houlding memutuskan untuk menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah mengenai kadar sewa dengan tuan punya kelab Everton F.C. yang sebelum itu menyewa padang Anfield daripada John Houlding. Dalam 1891 John Houlding, membeli tanah lapang bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah dan meninggalkan Anfield dan berpindah ke Goodison Park.
Ditinggalkan dengan tanah kosong dan 3 orang pemain, John Houlding memutuskan untuk menubuhkan kelab bola sepaknya sendiri. Pada 15 Mac 1892, Liverpool F.C. ditubuhkan. . John McKenna dilantik menjadi Pengarah dan Pengurus Pasukan dan terus mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool.
5 Piala Kebesaran Eropah telah dijulang LIVERPOOL. Kali terakhir adalah 2005 dipimpin Gerrard. Kali pertama memenanginya di Piala UEFA iaitu mengalahkan Borussia Moenchengladbach.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...