Followers

Tuesday, April 26, 2011

suDah tuA hubunGan Ini

wah!!!!..pejam celik..pejam celik...dah masuk 2 tahun hubungan saya bersama dia...
"sangat berlalu pantas masa itu" kata david teo..

dalam 2 tahun ni..aku belajar banyak benda, banyak perasaan, semua aku kongsi bersama beliau

soal jodoh ni..semua kerja Yang Maha Kuasa..
tapi soal keserasian..aku dapat rasa..yang beliau sangat serasi dengan aku..

mana tak nya...
aku ni gila2 dan funny..beliau serius tapi kadang- kadang serius tu boleh jadi kelakar...
aku ni agak cepat untuk menangis tapi dia selamber je...
aku ni susah untuk marah tapi dia..marah untuk kebaikan aku juga

kekurangan aku dapat ditutupi dengan kelebihan beliau
keburukan aku dapat ditampal dengan kebaikan beliau

aku tidak beharap lebih
aku tidak mengharap apa yang mustahil
aku cuma berharap
agar jodoh kami panjang
sehingga akhir nyawa kami

"awak...kita kenal dari tingkatan 4 lagi..tapi masa tu awak tak pandang saya..sikit pun tak..saya tahu..saya kuat kentut dalam kelas..saya tak pandai bahasa inggris..saya selalu kacau budak perempuan..kita selalu gaduh..awak tak suka semua tu..saya sangat tidak tahu kenapa tiba- tiba kita boleh jadi rapat..sangat bingung memikirkanya..itu tidak penting...yang penting sekarang kita saling memerlukan.. 2tahun dah kita jaga hubungan kita.kita semai dengan kasih sayang, kita baja dengan keikhlasan..saya menunggu hasilnya..iaitu ke gerbang perkahwinan..maafkan saya,sebab saya rasa saya yang banyak salah, selalu buat awak marah,sakit hati...tapi, dalam hati ni cuma ada wak."

kenangan PSTD unisZa

kat melaka..memang terbaik la...



first time dlm idup aku..dapat nengok kete kebal, pelbagai jenis kenderaan askar la






kenangan sem 6 PSTD

bak kata david teo...yang datang pasti akan kembali...yang masuk mesti ada keluar..xkan lari "bukuit" dikejar...ada mula..mesti ada tamat..

Sunday, April 24, 2011

what MEAN???

suatu petang aku, faid, amir, weay, zul, miera, mz, suzi...pergi ke maydeen menaiki van kuning.
kiteorang pergi bukan kerana nak shoping atau nak buat sesuatu yang tidak elok.
ada benda yang perlu dibincangkan..sangat penting..berkait dengan hidup dan mati seseorang..

kami sampai di maydeen dan pada masa itu kami mencari tempat untuk berbincang..
dan kami tidak jumpa..
pada masa itu..maydeen sangat penuh 
kami mengeluh, tetapi tidak putus asa..

kami berjalan sehingga sampai di bandar dan jumpa tempat yang sesuai untuk berbincang, di sebelah air terjun..kami berkumpul..
aku mula kan bicara
" malam ni akan diadakan 1 majlis, dan omar akan dibunuh..aku nak semua orang disini mengawal keselamatan omar,,,jaga orang yang berbadan tegap"kita punya suspek (wadi)..

selepas sudah berbicara..aku melihat paid, amir mandi di air terjun bersama2 dengan shami???
aku makin keliru..
keliru..
keliru..
keliru...




















keliru....
























pai..pai...








pai..pai...










kain ko dah terselak tu...




nak soh wadi nengok ke???










aku dengar suara yang biasa aku dengar...









shittt.....aku mimpi rupanya.....
mimpi yang gile..
terlalu penat..
sampai mimpi bukan2..


aku xkan biarkan syed omar di bunuh..
hahahahahhahahahaha

Friday, April 22, 2011

kompiu$

" beby, beby, beby"..beby beby beby oh!!!..
beby beby..i miss u..
beby konon..ko curi beby aku..
"beby la kau ni"
selamber je ko "beby" kan aku
kau nak main samak dengan aku..

hahahha..bodoh gile lawak JOZAN...

bukan lawak ni yang aku nak story...
aku nak story sikit pasal muda mudi sekarang
bercinta macam nak mati
beby sana, beby sini
ayang sana, abang sini
b sana, b sini

masa ok B
masa sayang BEBY
masa gaduh BABI...

tapi time sayang memang best la
kalah ayat seniman agung kita P. RAMLE
kalau dah benci
bermacam alasan bagi
janji boleh break
BODOH!!!an

aku ada wat research sikit, pasal muda mudi sekarang ni.
taktik atau alasan yang selalu sangat muda mudi guna untuk break @ clash dengan pasangan masing2.
aku bagi top 5 je

5 : " SEBENARNYA SAYA TAK CINTAKAN @ SAYANGKAN AWAK"
       bod oh alasan macam ni...abis selama ni??bercinta sebab ikut orang...ikut kehendak nafsu??syaitan??

4: : " KELUARGA SAYA TAK BAGI SAYA BERCINTA"
       ingat keluarga???ni bukan zaman mesolitik atau logam. alasan macam ni memang x boleh terima.
       jadikan keluarga sebagai point korang nak clash..sangat gampang alasan ini.

3: " AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA"
      alasan ni lagi macam gampang..nak bercinta dengan orang jahat ke apa.
      aku panas betul dengan alasan shitt macam ni..sebab aku dah kena.
      adakah manusia sekarang tidak suka pada kebaikan???
      masyarakattttt..

2: "KITA TAK SESUAI" 
     kita tak sesuai..lepas tu bagi alasan bustard..awak cantik..saya x..
     awak pandai..saya x..awak kaya..saya x...
     asal x cakap je..awak lelaki..saya perempuan..
     dol tol..

1: "SAYA NAK FOKUS BELAJAR"
    aku dengar pun dah berbulu telinge ni
    masa sayang..dia la bagi semangat.
    bagi motivasi..bagi idea.
    dah jumpe cikaro jambu
    hilang semua tu
   



hahahha...kalau difikir2 balik...macam2 manusia akan buat untuk puaskan diri sendiri..
kepada muda mudi yang dok hangat bercinta
hati2 dengan alasan2 seperti ini..
anda mungkin tertipu dengan pasangan anda..
     

Wednesday, April 20, 2011

akhirNYA

fuhh!!shadu sungguh pagi ni..bertarikh 21 april 2011 bertemankan KHAMIS...tepat jam 7.15..aku mencoretkan sebuah kisah yang agak panas..

teringta kembali kata- kata beliau..." mak doakan boy..tapi boy kena doa untuk sendiri juga tau"
suara itu masih terngiang2 di corong cuping telinga aku..

aku juga ingat pesan orang yang aku angap penyeri, peneman aku.."awk, org risaula"..wat yang terbaik k"..kata-kata semangat untuk aku..tapi kenapa???

aku dapat masuk AF ke??
ke RAJA LAWAK??
atau aku dipilih menjadi IMAM MUDA??

pesan rakan aku juga.." kita kena buat yang terbaik, susah senang kita bersama"
KITA????apa semua ni???kenapa KITA??kenapa tidak aku sorang??

tiba- tiba sebuah cawan plastik bersaiz 7 hinggap di kepala aku...
" dah dok...tok seh la demo nak berangan lagi...gi siap..nak final exam ni"

hahahahahah..stress aku...
baru aku sedar..aku bukan terpilih untuk menjadi artis...
tapi aku terpilih untuk menjawap paper RISK MANAGMENT kejap lagi

DOAkan aku ok....


Sunday, April 17, 2011

tentang PERASAAN ku

hurm....assalamulaikum..

dimalam yang begitu sejuk, bertemankan malap- malap cahaya serta dendangan lagu irwanshah TENTANG PERASAANKU, aku terfikir apa yang aku rasa sepanjang hari ini..

pertama...aku rasa bersyukur kerana aku boleh hidup pada hari ini..masih boeh melihat alam ciptaanNYA...masih boleh merasa nikmat hidup ini..

kedua..aku rasa nak marah bila bangun je...tiada mesej atau apa2 yang berkaitan dengan DIA..aku rasa geram dan aku rasa tidak diperlukan oleh DIA..

ketiga,,aku kene cool...dan fikir positif..mungkin DIA "buzy" dengan persatuan DIA

keempat...aku rasa lega kerana dah berjaya membuat nota MO...tinggal 1 bab lagi..dan aku berjaya mengurangkan assagment aku...

kelima..aku rasa lapar....

keenam..aku rasa letih...penat lelah bersukan...bermain bola..seri 2-2...dan aku menjaringkan 1 gol...iaitu gol penyamaan...

ketujuh..aku rasa tertekan..Arsenal buat gol last minit...tapi...Tuhan Maha Kuasa...LIVERPOOL berjaya menyamakan kedudukan..

kelapan...aku rasa bahagia kerana DIA kata " dalam hati ni orang dan ALLAH je tahu..nak tidur pun orang sebut nama awak"

kesembilan..aku rasa keliru...aku tengok DIA ubah status DIA...kepada sesuatu hubungan yang susah@sukar. DIA mainkan perasaan aku ke??dia sengaja ke??

kesepulah..aku rasa takde mood nak study,..sangat sedih...kenapa DIA tak suka orang tahu  mengenai aku???
jahat sangat ke aku??
aku tahu aku siapa...
mungkin pada DIA..
aku tidak sepadan dengan DIA
aku mengerti..
dan aku sangat mengerti
thanks.

Friday, April 15, 2011

yang SEBENARnya

YANG SEBENARNYA.....aku terlalu rindukN kau..tak boleh aku hidup tenang bila kau tiada..dudukku jadi tak selesa..pkiran jadi tak menentu..mmg ini aku..aku marah ..tapi dalam hati hnya ada kau..bukan aku benci walau mulut mnyebut yang tidak2..cuma ini cara utk aku lepaskan segala kekusutan..aku minta maaf..inilah aku..harap kau terima diri ini walau aku jauh dari pilihanmu..dan YANG SEBENARNYA.....aku sangat2 cintakan kau..inginku jadikan kau teman mengisi hidupku yang kukira dapatlah kita bina sebuah rumah yang ada kau,aku dan cahaya mata kita..aku tak harapkan mahligai istana atau seumpamanya cukup sebuah rumah yang mampu berikan kita kebahagiaan..aku tahu kau telah banyak bersabar dengan sikapku yang aku kira mengada-ngada ini..dan aku tahu kadangkala kau tak dapat mempercayaiku..tapi percayalah tatkala aku menulis luahan hatiku ini..airmataku menitis sendirinya..tak tahu perasaan yg mana merajai diriku kali ini...yang pasti aku ikhlas mengatakan semua ini...sayang, aku harap kau tidak tinggalkan aku walau diriku memaksa kau tinggalkan diriku kerana YANG SEBENARNYA aku takkan mahu kau tinggalkan diriku..

aku yang ikhlas menCINTAImu...N.N.A.B

Thursday, April 14, 2011

bebual GEBANG


"Yang berbahgia tuan penceramah, yang di hormati,Pn Fauzilah selaku pensyarah, yang disayangi pelajar2 serta mahasiswa/ siswi sekalian..
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

terlebih dahula, bersyukur kita ke hadrat ILLAHI, kerana dengan limpah kurnianya, dpatlah kita berkumpul pada pagi yang penuh berkah ini..InsyaAllah...terima kasih kepada wakil dari syarikat takaful etiqa,kerana sudi meluangkan masa berkongsi ceramah beliau. terima kasih kepada Pn, Fauzilah yang selami ini menjadi mentor serta tulang belakang bagi menjayakan seminar ini. terima kasih kepada AJK yang telah dilantik,kerana berjaya menyiapkan tugasan ini, walaupun kita tahu pelbagai halangan kita tempuhi. 

seperti yang kita tahu, tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa/siswi akan kepentingan takaful etiqa. saya percaya masih ramai yang tidak tahu akan kegunaan serta fungsi takaful ini, jadi dengan adanya seminar ini,dapat mendekatkan mahasiswa/siswi dengan plan ini..

selain itu,seminar ini bertujuan untuk menyedarkan mahasiswa/siswi akan pentingnya amalan hidup sihat dalam kehidupan seharian. seperti yang kita tahu, dalam era yang makin pesat kini,seseorang mudah dijangkiti penyakit berbahaya. sekiranya amalan gaya hidup sihat diamalkan,insyaAllah,dapat dikurangkan jangkitan2 penyakit berbahaya ini..

seminar ini juga menjadi platform kepada mahasiswa/siswi untuk kenal serta tahu  fungsi takaful dan cara2 mengendalikan. disini mahasiswa/siswi akan didedahkan dengan pelbagai ilmu kesihatan dan insurans, ini secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada mahasiswa/siswi.

akhir kata dari saya, saya beharap agar seminar ini sedikit sebanyak dapat memberi input kepada semua dan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
saya akhiri ucapan saya dengan..
ASSALAMUALAIKUM...

sekian terima kasih...."

hahahahahahhahaha
gebang tak aku bebual???
ni bukn first time aku kene berucap..
dan masuk kali ke 4 kot..
kalau x silap r...
memang gelabah der..
tapi sebagai pengarah program yang poyo
aku terpaksa coolkn diri aku


Friday, April 8, 2011

aku USAP kepala ADIK aku

di suatu pagi yang suam- suam kuku...aku bangun dari tidur...aku lihat adik ku belum bangun lagi..
lalu aku berbisik di hati...( emm...kesian adik aku ni...dh la xde sape2 nak jaga..harapkan aku je)
tanpa semena-mena aku pun mengusap kepala adik aku..tanpa di sedari..dia pun bangkit dari tidurnya


aku sedang menonton television diruang tamu..bertemankan sepingan biskut dan secawan teh..
aku sedang melihat cerita si tanggang yang lupe diri itu..
adik ku ketika itu berada di posisi yang begitu baik..dan seperti sedang leka..
lalu aku usap kepalanya dan berkata
"nanti kalau dah besar jangan lupa diri tau,jangan nak malukan keluarga"
adik aku tekejut dengan usapan aku..lalu bangun sambil tersengeh...


petang itu..aku hanya menghabiskan masa dirumah...
bermain dengan adik aku...
dia sangat suke akan belaian manja aku
bila di usap..pasti akan tersengeh seperti kera sumbang...


malam pun tiba...
waktu yang paling sesuai untuk mengusap adik aku
seperti kebiasaanya
aku akan mengusap kepala adik aku sebelum tidur
dan pastinya adik aku akan gembira












korang jangan pikir lain tau
ni lah adik2 aku
yang aku sayang
yang aku selalu usap


mira nur syafika.adik bongsu aku


farhana adik no 2 aku













amirul a.k.a zek..adik lelaki aku..

Thursday, April 7, 2011

5 Sahabat

Di sebuah kampung...yang berlatar belakangkan sawit...bersahabatlah 5 orang remaja yang suam- suam SENGAL...mereka bernama FAIRUZ, WEAY, WADI, ZUL..dan seorang ahli wanita bernama MIERA.

FAIRUZ ni seorang yang bijak dan selalu menceriakan suasana..oleh yang sedemikian, dia amat disenangi oleh rakan2nya..
WEAY pula seorang yang pendiam, pemalu dan sangat takut kepada tikus...tapi kadangkala beliau boleh menjadi seorang yang contra dari sifat sebenarnya..
WADI pula seorang yang sangat garang, pemarah..sesuailah dengan bentuk tubuhnya...oleh sebab itu..dialah ketua geng ni..
ZUL ni lain pula citernya..beliau seorang yang kretif,inovatif dan sensitif...kuat menangis...dalam kumpulan ni..dia sangat lembik dan lemau..macam biskut..
MIERA satu2nya bunga dalam kumpulan ni..mempunya empat mata tapi still xnampak..rabunlah maknanya..walaupun perempuan, apa yang lelaki nak buat..dia pun nak buat...sempoi la minah ni..

di suatu petang..lepas saja tamat bermain bola..kami semua berehat sambil berbual2..

ZUL: penatkan kawan2...
MIERA: ko ni...memang la penat..nama pun main bola...xnak penat main congkak la wey..lembik punya budak..nengok aku..steady je..
WEAY: hahah..ko lain miera..ko macam jantan.hahahahhaha
WADI: korang ni...asyik nak berkelahi je..macam anjing dengan labah-labah..sengal!!!
FAIRUZ: dah..dah..dah..penat ni kan..cuba bawa berehat..

jam menunjukan pukul 6..masih awal...
suasana sunyi seketika..

WEAY: bosan la...nak main lagi,tapi penat...
ZUL: eleh..tadi cakap aku..tau pulak mengeluh...
WEAY: miera yang sound ko la..bukan aku..sambil menunding jari kearah miera...
(miera buat muke ciutnye..die ingat die ciut sangat la 2)hahahahah
FAIRUZ: emm...kite main teka teki nak???xpenat pun...just gune otak je..
WADI: ek elh!!!xmacho la beb main teka teki...macam gurl2 je..
MIERA: diam la ko wadi...aku setuju ngn fairuz...(sebenarnya miera menyimpan perasaan terhadap fairuz)hahahah
WEAY & ZUL : serentak jawab setuju!!!

suasana diam seketika..fairuz membuat muka bijaknya...tanda2 sedang memikir soalan yang sangat susah...

FAIRUZ: ok!!!..aku teka korang...hujan rintik- rintik..berapa titiknya???hahaha..susah x soalan aku??
kalau korang boleh jawap..aku belanja tiap2 seorang...korang boleh bincang..tapi jangan bising..hahaha

ZUL: susahnya...ayah aku pun xboleh jawap soalan ni...walaupun ayah aku belajar sampai master...hahahha
WEAY: tau xpe...mak aku dulu belajar sampai jepun kot..tapi xpernah dengar soalan sesusah ni..

sesunguhnya weay dan zul sangat sengal orangnya...

WADI: aku xnak jawap...aku xnak main mainan budak perempuan..walaupun aku dah tau jawapanya...sambil buat muke riak...
MIERA: susahlah...tengah letih ni..aku xboleh fikir dengan waras...sambil tersenyum kambing kat fairuz...

ZUL: ha!!!..aku tahu..titiknya ada 7...
FAIRUZ: asl pulak?
ZUL: sebap daragon ball ada 7 la..hahhaa
WEAY: sengal la ko...pengaruh tv la ni..titiknya ada beribu2 la...xleh kira..banyak kot...
MIERA: betul tu..orang bodoh je yang kira...sambung miera tanda setuju dengan jawapan weay..

FAIRUZ: sudah la korang...soalan macam ni punya senang pon xleh jawap...kan semua sekolah agama..xkan xbelajar alip ba ta.......TITIK NYA ADA 3 LA...hahahhahaha....

fairuz terus ketawa terbahak2 kerana berjaya mengenakan rakan2nya...sehingga dia terlupa yang dia mempunyai gigi yang panjang...
apabila melihat gigi fairuz...rakan2nya yang lain turut ketawa..sehingga terguling2...

TAMAT EPISOD 1




Tuesday, April 5, 2011

cikgu yang STRess

peperiksaan UPSR sudah berakhir..jadi murid2 darjah 6 tak belajar dah..kelas 6 mutiara memang agak terkenal dengan kebijaksanaan muridnya..sekolah meletakkan harapan yang tinggi kat bebudak kelas ni..


kring..kring..kringg...lonceng berbunyi..menandakan waktu rehat tamat..


bebudak kelas 6 Mutiara ni masuk la dalam kelas sambil menanti cikgu bahasa melayu masuk...lebih kurang 5 minit menungu,cikgu Abu Bakar pun masuk...cikgu Abu bakar terkenal dengan sikap penyangnya..oleh itu die amat disenangi oleh murid2 bahkan 3 orang anaknya sendiri..2 perempuan dan seorang lelaki...


"bangun semua"..kata ketua kelas...selamat pagi cikgu Abu Bakar..
murid2 yang lain pun ikut...


"selamat pagi semua,kamu semua boleh duduk"..ucap cikgu Abu Bakar..
oleh kerana kamu semua sudah tamat peperiksaan UPSR..cikgu pun xde mood nak ajar..apa kata kita main teka- teki..sapa setuju??angkat tangan macam cikgu???


lantas..semua murid angkat tangan seperti cikgu....


ok...cikgu mula dulu..cikgu teka..kamu semua jawab....kalau betul..cikgu akan buat dia jadi menantu cikgu..kebetulan..cikgu ni ada anak cun..heheh..
soalannya...kalau semua jadi ikan..ikan jadi apa???


WADI : ikan jadi ganster cikgu...
CIKGU: hahahha....apa la kamu ni wadi..salah3...


AINON : ikan jadi sardin cikgu..
CIKGU : ainon..kamu jangan main2 dengan saya..
AINON: maaf cikgu..saya tak tahu...


DYBA : ikan jadi heran cikgu..
CIKGU: kenapa pula??
DYBA : ye la cikgu..ikan heran la..kenapa semua nak jadi ikan..ikan     bukannye hensem @ cun..
              hahaha..cikgu kene....betulkan jawapan saya???
CIKGU: banyak la awak punya betul..
              DYBA2...awak ni seorang budak yang nakal..


selang beberapa minit..tiada seorang murid pun yang berjaya menjawab soalan yang sangat susah itu...
tiba lah giliran seorang pelajar yang sangat skema...dan berpendirian...


CIKGU: ok..sekarang giliran kamu FAIRUZ...
FAIRUZ : emm..maafkan saya cikgu...saya minta kebenaran untuk bangun dan menjawab soalan cikgu itu..??
CIKGU : ( baik betul budak ni...berbudi bahasa..sopan santun..boleh buat menantu ni..tapi dia xjawab soalan 
                  susah tahap dewa aku lagi ni)..luah cikgu Abu Bakar didalam hatinya...
                 emmm..silakan FAIRUZ..
FAIRUZ: dengan nada yang serius..tanpa memikirkan habuan yang telah dijanjikan..Fairuz menjawab...
               pada pendapat dan tafsiran saya kan cikgu..kalau semua jadi ikan..ikan menjadi banyak...
               betul tak cikgu??
CIKGU: betul fairuz,,kamu sungguh bijak....soalan ini memang sangat susah..budak dekat universiti pun belum
              tentu boleh jawab...
FAIRUZ: Alhamdulilah...
CIKGU : oleh kerana fairuz dapat jawab...cikgu akan ambil dia sebagai menatu cikgu..cikgu akan satukan dia 
               dengan anak cikgu..(NAZIHA)
FAIRUZ: terima kasih cikgu...


murid2 yang lain hanya tunduk membisu....menahan sakit di hati...hahahahhaha...aku berasa puas kerana ziha jadi milik aku...HAHAHHAHAHAHA...

cerite ni hanya rekaan semata-mata...hanya ingin melepaskan stress.....

Monday, April 4, 2011

malam yang TENSION

asal aku nak tension je ni ek????arghhh..apa yang aku fikir??


DUIT?? TAK
PELAJARAN??? MUNGKIN
KELUARGA?? 60%
AWEK??? 98%
MY FUTURE?? 101%


hahahah..so funny...benda2 macam ni pun aku xleh handle...
belum yang lebih gempak lagi..
tapi malam ni terasa sangat beb..
tension len macam..
nak study pun xde mood
aku tak tahu apa yang aku sedang fikir
kompius sangat2
kepala jadi HANGE
fikiran pun ntah kemana
mungkin sudah tiba masanya
untuk aku jujur pada diri aku sendiri
yang aku perlu


perlu...

perlu...

perlu...








perlu...



perlu..






perlu...






PERLU...









TIDOR...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...