Followers

Thursday, April 14, 2011

bebual GEBANG


"Yang berbahgia tuan penceramah, yang di hormati,Pn Fauzilah selaku pensyarah, yang disayangi pelajar2 serta mahasiswa/ siswi sekalian..
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

terlebih dahula, bersyukur kita ke hadrat ILLAHI, kerana dengan limpah kurnianya, dpatlah kita berkumpul pada pagi yang penuh berkah ini..InsyaAllah...terima kasih kepada wakil dari syarikat takaful etiqa,kerana sudi meluangkan masa berkongsi ceramah beliau. terima kasih kepada Pn, Fauzilah yang selami ini menjadi mentor serta tulang belakang bagi menjayakan seminar ini. terima kasih kepada AJK yang telah dilantik,kerana berjaya menyiapkan tugasan ini, walaupun kita tahu pelbagai halangan kita tempuhi. 

seperti yang kita tahu, tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa/siswi akan kepentingan takaful etiqa. saya percaya masih ramai yang tidak tahu akan kegunaan serta fungsi takaful ini, jadi dengan adanya seminar ini,dapat mendekatkan mahasiswa/siswi dengan plan ini..

selain itu,seminar ini bertujuan untuk menyedarkan mahasiswa/siswi akan pentingnya amalan hidup sihat dalam kehidupan seharian. seperti yang kita tahu, dalam era yang makin pesat kini,seseorang mudah dijangkiti penyakit berbahaya. sekiranya amalan gaya hidup sihat diamalkan,insyaAllah,dapat dikurangkan jangkitan2 penyakit berbahaya ini..

seminar ini juga menjadi platform kepada mahasiswa/siswi untuk kenal serta tahu  fungsi takaful dan cara2 mengendalikan. disini mahasiswa/siswi akan didedahkan dengan pelbagai ilmu kesihatan dan insurans, ini secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada mahasiswa/siswi.

akhir kata dari saya, saya beharap agar seminar ini sedikit sebanyak dapat memberi input kepada semua dan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
saya akhiri ucapan saya dengan..
ASSALAMUALAIKUM...

sekian terima kasih...."

hahahahahahhahaha
gebang tak aku bebual???
ni bukn first time aku kene berucap..
dan masuk kali ke 4 kot..
kalau x silap r...
memang gelabah der..
tapi sebagai pengarah program yang poyo
aku terpaksa coolkn diri aku


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...